Kerjaya sebagai polis Fauzi_Shaari

Tindakan beliau sebagai Ketua Polis Dang Wangi membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur mendapat bantahan kerana boleh menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketika itu banyak aktiviti maksiat di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Ketua Polis KL ketika itu ialah Datuk Ku Chin Wah.

Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Daripada 90,000 jumlah keseluruhan anggota dalam PDRM, anggota JSJ dianggarkan 7,866 orang atau 8.7 peratus sahaja. Ketua Polis Balai Sea Park, Petaling Jaya, Cif Inspektor Hazri Mohamad ditukarkan serta-merta hari ini ekoran kegagalannya mengambil tindakan terhadap premis mesin judi haram yang beroperasi kira-kira 100 meter dari balai tersebut.[3]


Sebagai Ketua Polis Selangor pada 2005, beliau mengingatkan bahawa jenayah di Selangor adalah yang tertinggi sekali . Penduduk Selangor seramai 5.4 juta tapi dikawal oleh 7,600 anggota sahaja. Sebanyak lapan buah balai polis yang selama ini diletakkan di bawah IPD Petaling Jaya kini dipisahkan dan berada di bawah satu pentadbiran sendiri yang dikenali sebagai IPD Subang Jaya. Balai polis yang terlibat ialah Balai Polis Subang Jaya, Puchong Jaya, Seri Kembangan, Serdang, USJ 8, Sunway, Bukit Puchong dan Putra Heights.


Pada 2006, terdapat 404 orang ahli kongsi gelap membabitkan keturunan Cina dan 254 orang ahli dari keturunan India terutama di Klang dan Kapar.`Dalam tempoh dua bulan,polis Selangor akan berusaha membersihkan Klang dari kegiatan gengsterisme dan kongsi gelap. Daerah seterusnya ialah Petaling Jaya dan Kajang.[4]


Polis Bukit Aman menangkap semula jutawan `bawah tanah' Koo Tee Yam yang dipercayai memiliki aset bernilai RM1 bilion .Lelaki itu ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 walaupun dia telah dibebaskan oleh mahkamah pada 19 Oktober 2005. PDRM menahan semula Tee Yam sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar dari Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya selepas permohonan habeas corpus tertuduh didengar.Tee Yam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 telah dibawa ke Bukit Aman, Kuala Lumpur.[5]

Pada 6 April 2005, perbicaraan satu kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertukar kecoh apabila 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti kes itu hilang. Pil eramin disedari hilang pada hari kedua perbicaraan apabila seorang pegawai Jabatan Kimia, Zurina Ramli diarah membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti berkenaan.Pil tersebut disimpan dalam tiga kotak yang dimeterai dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.Menurut Fauzi Shaari , setakat ini belum terdapat sebarang tangkapan. [6]


Rujukan

WikiPedia: Fauzi_Shaari http://agendsai.blogspot.com/2012/05/ceramah-perta... http://www.sinarharian.com.my/datuk-fauzi-shaari-m... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=070... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/...